Hotlink Vs Xpax
( iklan jap.. jom layan FB aku kedai kain cun banyak kain comey2 dengan harga yg sagt comey jugak.. )
aku ni pilih hotlink masa tu sbb aku dgr hotlink ni syok.. sms rate boleh 1sen/sms. huhuhuhu kesedihan melanda sbb akunyer sms tetap 10sen seminit.. sbbnya nak dptkan rate 1sen/sms tu hanyalah pada masa 12tgh malam sampai 10 pgi.hmm aku sms tak tentu masa dan ketika.. hmm bosan sungguh.
skrg hotlink ada plan hotlink yang aku pun tak berapa nak faham sangat.. tp diorg galakkan org top up guna hot ticket.. hot ticket ni mmg la tgk dianyer benefit mmg sangat la best value for money kalau gunakan sepenuhnya.
tp masalah aku, aku takkan dpt guna sepenuhnya... pasti nya bahagian buat call tu habis cam tu je la.. lgpun masa valid sms dan call tu sangat la pendeknya. 7 hari, 10 hari. cam mana nak habiskan dalam masa yg singkat utk penggunaan yang sikit cam aku ni..
aku try survey prepaid lain.. Xpax la tuh. syok gak ngan Xpax sbb sms dia 0.5 sen sesama celcom dan 0.6sen telco lain utk 15 friends.. syok giler... tp apakan daya... bila aku rasa nak tukar kepada Xpax teringat yang aku dah pun aktifkan active 365, means aku dah rugi la rm33 utk setahun tuh... tak nak la rugi banyak2...
jd kesimpulan utk diri aku, biarlah aku stay dulu ngan hotlink.. cuba nak tgk penggunaan hot ticket aku tu cam mana... leh habis ke tak. huhuhu sedey..
tp bila aku aktifkan plan hotlink.. setiap bulan selama 5 bulan aku akan dpt hot ticket percuma bernilai rm8. jd maintain la dulu ngan hotlink ni.. dah habis semua benefit aku.. dah rasa berbaloi baru lah aku switch telco lain kut... nak kuar jap lg ni aku nak g beli hot tickets la.. ingat nak beli yang rm10 je kut.. tgk berapa banyak penggunaan aku utk masa 7 hari tuh... lepas tempoh tu penilaian semua akan dibuat dan aku akan nilaikan mana sesuai, sama ada top up cara biasa ataupun cara hot ticket. hot ticket kalau rajin bergayut dan penggunaan sebulan rm40-rm50 mmg sangat berbaloi-baloi. tp aku target penggunaan aku dalam rm20 ke bawah jer.. tak berbaloi utk aku.
aku ni sebenarnya hotlink ni second no. aku tak nak campur ngan personal uses tu la sbb nya jd sgt tak berbaloi... aduyai..... kalau no hotlink ni jd main mmg sgt berbaloi.
streamyx semula...
Nak bukak kedaijannah yg baru
acer aspire one baru
terpandang lah aku dengan acer aspire one yg baru.. pergh harga mmg la lg murah dr yg aku punya.. dia punya isi pun lagi tip top .. yg aku terperasan harddisk dia 250G tuh.. lg design pun dah makin canggih.. tak nampak cam murah dah... dah ada bluetooth dan macam2 lagi lah... hmm tu lah kalau nak ngikutkan perkembangan barangan IT ni tak terikut!!!
kesian kat aku.
apa yg sedih sgt sekarang nih... laman web aku tuh asyik kena redirect ke laman web wirablog jer.. geram aku rasa. org hosting tu suruh aku cari file pelik dalam cpanel.. aku nak cari tak sempat2.. bila tak sempat hmm mula la laman web aku tuh dialihkan ke wirablog bangang tuh.. geram sungguh la aku. masuk kali ni dah 3 kali dah dlm sebulan.
aku nih dah la tak berapa nak expert sgt. cam mana aku nak buat nih...
USB modem

heheh.. ini usb modem yang aku beli. aku beli masa tu sbb rasanya sangat comel, sesuai ngan aku yang perasan mama comel nih. huhuhuhu. murahkan! tp kena beli kat website tuhla... dia kena register broadband ngan diorang baru leh dpt harga modem murah cam gitu. tp rasanya sangat berbaloi2.
tp bila aku go through laman web nih.. aku terminat la plak ngan yg nih.

kenapa???
hmm sebab aku tgk dia leh online dalam jangka masa yg lama ( tahan lasak..) dan jugak sesuai untuk kawasan yang signal agak sengsara dan jugak2 ;leh support sampai 7.2 Mbps.
tp dah beli dah yg comel tu.. tak per la.. ok jer kat aku. bukan nak online lama2 pun. anak aku meraung karang. tak pun dia plak nak rampas netbook aku nih.
Celcom Broadband pakej 68 & 98
anyway sblm ni aku dah citer yg aku melanggan celcom broadband pakej 68 sebulan. oleh kerana sangat letih jiwa aku ni surfing dengan kelajuan yang lambat... ( tapi masih boleh buat internet banking.. tak lah terlampau slow) jd aku pun terus bertukar kepada pakej 98.
asalnya aku nak test je.. kalau tak ok jugak.. maka aku guna je yg lama pakej 68. tapi bila dah guna dekat 3 bulan nih.. aku rasa berbaloi dengan apa yg aku bayar. tak lah jauh sgt beza kelajuan dengan surf guna streamyx. aku boleh terima kelajuan surfing guna celcom broadband pakej 98 nih. so rasanya aku akan contineu guna yang ni jer... sbb senang nak bawa g memana. jd kalau ada hal urgent aku leh terus ke bukak netbook aku. kalau streamyx tuh.. selalu terfikir2 bila boleh balik umah ni aku nak surf internet. heheheh mcm ketagih internet la plak... ketagihan ni semuanya salah USM transkrian yang sediakan internet free dlm bilik kat hostel. ( actually terima kasih sgt kat USM transkrian yang bg internet free masa aku belajar kat sana dulu.. )
CELCOM BROADBAND!!!
ari ni aku nak cerita pasal celcom broadband. meh la daftar celcom broadband ngan aku, leh dpt USB modem dengan harga murah. promote la plak...
hmm actually aku telah bertukar dari stremyx kepada celcom broadband atas dasar kononnya nak save budget aku. aku guna streamyx 1 Mbps dulu. since aku pindah umah baru, malas nak contineu ngan TM sbb bulan2 kena bayar rm110. jd aku pun nak kurangkan perbelanjaan, tukarlah kepada celcom broadband sbb aku leh bawa g mana2 aku suka. dengan plak netbook aspireone aku yg comel lote ni.. sesuai lah sangat.
tpnya.. kerana selama hari ni aku adalah pengguna streamyx yang setia.. terasa la jugak bila pakai mobile broadband nih. tak kan jd sama ngan streamyx. kelajuannya bergantung kepada signal la.. kalau signal cantek.. laju la dia.. kalau pepagi.. tak ramai org online mmg laju. tp kalau bad signal... sakit jiwa aku jdnya.
jd, jgn lah sekali2 nak bandingkan mobile broadband dengan streamyx. sbb streamyx tuh talian tetap.. jd connection pun tetap jugak. kalau nak banding, bandinglah dengan mobile broadband lain... mungkin kurang skit sakit jiwa tuh,... hehhe apa2 pun kalau nak melanggan mobile broadband ni.. cari lah yang berbaloi-baloi utk wang kita.
skrg ni celcom broadband kita leh dptkan dengan bulanan lebih rendah RM50 jer... tp kena register kat mana ada PC Fair. atau pun kakitangan kerajaan leh register kat Celcom HQ atau celcom roadshow.
Buka Akaun Paypal utk Shopping!!!
cara untuk buka akaun paypal utk bershopping adalah seperti berikut: -
Sila register akaun paypal di sini. REGISTER PAYPAL
Pilih country = Malaysia
Pilih personal
Kemudian isikan maklumat dalam borang yang tersedia. Termasuk no kad kredit dan data lain.
Kemudian go to my account
Click pada confirm my email.
Masuk email anda dan buka email activate your account daripada paypal. Click here to activate your account.
Kemudian confirmkan password anda.
Dan pilih soalan security dan jawapannya. Dan submit
Selesai untuk register account paypal.
Kaedah Pengeluaran Wang Dari Paypal ke saving akaun dengan caj hanya usd 5 sahaja.
so selamat berjumpa lagi.. hari ni saya nak cerita macam mana nak keluarkan duit dari paypal dengan hanya dikenakan sebanyak USD 5 sahaja. tiada caj tambahan.
seperti yang kita tau utk withdraw duit dari paypal ke kad kredit/debit pasti akan dikenakan caj USD5. jd tak boleh nak mengelak caj yg dikenakan oleh paypal tu lah. tp kita boleh kurangkan kos lain contohnya caj dari kad kredit. sbb kalau kita withdraw duit dari paypal ke kredit kad. kemudian kita keluarkan pulak duit tu direct dari kredit kad kita dianggap mengeluarkan cash advance!!! ha tau je la kalau cash advance kita pasti akan dikenakan caj.
so yang selamat adalah buat pengeluaran ke debit kad. dan dari debit kad transfer fund ke saving akaun sendiri.
Jika anda masih baru nak buat.. saya akan syorkan langkah demi langkah pengurusan anda membuat permohonan untuk buka akaun dan juga debit kad supaya ianya lebih mudah dan lancar!!
LANGKAH 1: Apply debit card.
Apa yang saya pernah nyatakan dulu debit card yg dah confirm boleh terima duit dari paypal adalah public bank dan juga ar rajhi. .
so yg senang bg saya adalah public bank sebab ada cawangan di mana2 sahaja. ar rajhi belum byk cawangan lagi.
oleh itu apply debit card visa electron public bank.
boleh apply melalui online di sini --> APPLY PB VISA ELECTRON
atau pun pergila ke mana-mana cawangan public bank. pastikan debit card visa electron yer!!!!
apabila sudah isi kan borang dan serahkan/poskan kepada pihak public bank anda perlu menunggu lebih kurang 2 minggu utk mendapat kelulusan dan juga debit kad tersebut.
LANGKAH 2 : BUKA SAVING AKAUN
Bila dah dpt debit kad tersebut.. maka pergilah ke cawangan public bank yg berdekatan untuk anda buka saving akaun di sana. untuk buka saving akaun disana ada beberapa pilihan la.. kalau tak nak masukkan duit dlm saving akaun yg baru tu,.. boleh jugak.. cuma anda tertakluk kepada kekangan jumlah pengeluaran duit sebulan. kalau tak silap saya cuma boleh keluarkan duit sebanyak 8 kali dalam masa sebulan. kalau nak pasti tanya pada pegawai disana.
tapi kalau nak keluarkan duit berpuluh-puluh kali sebulan kita kena masukkan duit rm 250 kalau tak silap saya sebagai deposit la.. tp lepas masukkan tu boleh keluarkan balik guna atm kad. dan atm kad juga akan di caj la..
actually elok amik yg free je.. takkan la kita kuarkan duit hari2 dari atm kan?????
LANGKAH 3 : Apply akaun PBE ( online banking )
ok.. pada masa kita dah pegi kat cawangan tu.. kita terus je apply online banking untk public bank. kemudian juga terus amik borang untuk merge kan akaun debit kad kita dan juga saving akaun kita dalam satu saja akaun PBE. maksudnya.. bila kita buat online banking.. debit card kita juga ada dalam akaun yang sama dengan saving akaun.. senang kita nak uruskan duit2 tu nanti.
kenapa saya kata mcm tu? sbb kalau kita tak isi borang tuh.. nanti kita tak boleh tgk transaction debit kad kita dalam akaun yg sama dengan saving akaun di internet. takkan nak buka sampai 2 PBE akaun kut? menyusahkan je kan..
dan permohonan tersebut pun tak boleh dibuat secara online,.. kena juga pegi cawangan. jd dah alang2 pegi buka akaun tu,, terus je apply sekali. kan senang dan menjimatkan masa, tenang dan wang ringgit.
so selesailah proses permohonan buka akaun di public bank.
selepas ni kalau dah masuk duit paypal dalam debit kad kita.. terus je transfer fund masuk ke saving akaun dengan menggunakan PBE. mudah kan????? kita pun boleh tgk balance terkini debit card kita.. kalau tidak jenuh nak telefon PB selalu nak tanya balance atau nak tau duit dah masuk ke belum.. nak tunggu statement.. punya la lambat..
HArap dpt membantu !!!
Aktiviti dalam paypal
jadi apa yang boleh kita buat dengan akaun tersebut?
Akaun paypal lebih kurang cam akaun bank jugak la.. kita boleh send money.. receive money.. beli barang.. terima pembayaran.. duit yang digunakan adalah sama ada anda ada simpanan dalam paypal.. maksudnya anda ada menerima duit sebelum ini ataupun menggunakan kad kredit. maksudnya setiap kali pembelian menggunakan paypal, ianya akan dicajkan ke atas kad kredit anda.
jikalau anda ada baki wang di dalam paypal tetapi tidak mencukupi untuk pembelian sesuatu barangan... paypal akan tolak dulu duit dalam akaun anda kemudian selebihnya baru dicajkan ke dalam kad kredit anda...
itulah sebabnya mengapa perlu diletakkan kad kredit dalam akaun untuk urusan jual beli.
Macam mana nak buat pembayaran tuh?
mudah saja... bagi laman web jualan yang telah menyediakan link untuk pembayaran melalui paypal.. anda terus saja gunakan link tersebut.
tetapi untuk laman web yg tiada link direct kepada pembayaran ... anda hanya perlu ke laman web paypal dan log in ke akaun anda.
kemudian klik pada send money seperti yang saya bulatkan dalam gambar di atas.
kemudian pilih la.. duit tu untuk apa.. goods( brg) atau services ( perkhidmatan / lain2 ) atau pun urusniaga ebay..
klik contineu... then duit pun telah sampai kepada penjual anda...
boleh la bgtau yg anda dah send money kat dia.
Tak boleh ke nak keluarkan duit ke akaun di Malaysia????
ishh.. boleh .. sapa kata tak boleh... anda boleh keluarkan duit tu ke kad yang anda registerkan. sama ada kad kredit atau kad debit visa. cara2nya akan dibincang kemudian...
tapi apa yang perlu di ingat.. setiap kali pengeluaran anda akan dicaj sebanyak usd 5.
kalau withdraw ke kredit kad.. maka ia akan bayar kad kredit anda la.. kalau dalam kad anda tu tak de outstanding balance.. anda nak keluarkan.. ingat.. itu dikira sebagai cash advance. namanya kad kredit kan.. kad utk hutang.. bukan kad atm.
sebaiknya gunakan debit kad.. lebih mudah dan kurang caj.
saya dah register kredit kad. boleh ke nak withdraw ke debit kad lain??
boleh.. caranya.. bila anda dah berniat nak withdraw.. anda tambah saja debit kad tersebut dalam akaun anda. anda boleh ada lebih dari satu kad untuk satu2 akaun paypal.
Membuka akaun Paypal
Mula-mula sekali pergi ke laman web paypal. Klik saja disini --> paypal .
Kemudian klik sign up today.
anda akan diminta untuk memilih jenis akaun..
ada 3 jenis iaitu personal, premier dan jugak business.
- personal - untuk mereka yang hanya ingin membuat pembelian online
- premier - untuk mereka yang melakukan pembelian dan juga menerima wang online
- business - untuk mereka yang mempunyai syarikat.
pilih la negara anda sendiri untuk set up akaun ini..
maklumat diri.. boleh anda nyatakan maklumat palsu atau pun yang sebenar.. tidak ada masalah. yang penting email yang anda register kan mestilah betul dan aktif. ini kerana duit akan masuk melalui alamat email tersebut.
kemudian kita akan dibawa kepada laman ini
untuk akaun premier anda perlu memberikan detail kad kredit atau pun debit card visa anda. biasanya alamat anda akan tertera di situ. untuk debit card bukan semua debit card boleh digunakan. apa yang saya yakin ialah debit card visa electron public bank dan juga debit card visa al rajhi.
jika belum bersedia untuk menyatakan detail credit card atau debit card anda.. boleh terus klik go to my account. akaun anda telah tersedia. laman seperti di bawah akan kelihatan.
mengapa perlu untuk letakkan detail card credit/ debit?
pertamanya.. jika kita tak punya duit dalam akaun paypal... kita boleh byr guna credit/debit card yang kita register tuh.
keduanya untuk withdraw duit.
ketiganya.. untuk increase sending limit. kita cuma boleh hantar duit kepada orang lain sehingga usd 1000.00 saja. bukan untuk satu transaksi.. tp keseluruhan transaksi.. jumlah semua la.. sehingga la kita letakkan credit/debit card.
apa dia caj usd 1.95 tuh?
bila anda nak verified ( letak credit/debit card) akaun anda..
laman seperti dia atas akan kelihatan.. anda diberitahu bahawa akan dicaj usd1.95 pada card tersebut.. jgn risau.. caj tersebut akan dipulangkan semula ke dalam akaun paypal anda setelah verification selesai....
caj tersebut akan appear dlm statement anda.. lebih mudah jika anda boleh access statement via internet. ia akan muncul dalam masa 2-3 hari. pada statement tersebut.. akan ditulis sekali 4 digit untuk anda isikan semasa nak confirmkan card anda nanti. selagi tak de number selagi tu tak confirm.
bersambung .....
Paypal.. set up account.. withdraw money
lama tak update website ni... bukannya apa.. sibuk skit la nih.. hujung tahun nak settlekan keje..
lagi pun sekarang ni baru je preggy so.. biasala kan.. dengan mabuk2 nyer.. jarang le skit dok depan pc nih.
la n ih dah cuti sekolah.. boleh la spend time skit..
so ari ni nak bincang pasal paypal.
biasanya kalau berurusniaga dengan internet ni tak lepas kita dengan perkataan paypal.. iaitu satu bank maya untuk transaksi duit di internet terutamanya bila kita sertai program2 dari luar negara. paypal ni memudahkan kita dptkan duit dari mereka.
kalau dulu, susah juga kita gunakan paypal ni sbb kat malaysia ni tak boleh nak withdraw. tp sekarang tidak lagi.. dah boleh dah.. nanti kita bincangkan mengikut topik. ini cuma intro jer pasal paypal nih.. hehhehe
PIKOM PC FAIR
lg pun sebelum tu hubby mcm bg hint dia bg aku nak beli netbook.. sbb setiap kali dia offer aku beli hp mahal aku kata nak beli netbook.. jd semalam aku pun survey ngan hubby..
harga standard jer la lebih kurang je mana2 boot pun.. yg bezanya free gifts. so aku dah survey punya survey.. jumpa la ngan msi wind u100 , acer Aspire one, asus tu semua la...
aus yg ada pun yg 900 punya RM 1299.
MSI WIND U 100 RM 1799
ACER Aspire One 120G RM 1699
Acer Aspire One 8G RM 1149 ..
survey punya survey.. aku tgk acer aspire yg cantik skit banding yg lain finishing mcm toy jer.. acer nyer cantik skit la.. lg pun aku rasa acer yg paling berbaloi dengan harga dan juga kapasiti hard disk yg dia ada...
bila aku dah nak beli tetiba hubby kata... kalau tak yah beli boleh ker?????????
AAAAAhhhhhhhhhhh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tensionyer aku dgr hint cam tuh
terus aku tak de mood nak survey pun kat situ. mmg ler alasan nyer cukup munasabah.. kitorg nak masuk umah baru guna banyak duit.. tp aku tetap terasa tension gak... kat sana sekejap je aku tension pas tu.. tak per la leh je terima alasan tuh..
tp balik umah adoii teringatnyer nak beli.. tak per la.. bukan rezeki aku.. cepat la hari ni berlalu.. sbb selagi ada hari ni aku masih mengharap supaya dpt pegi pc fair tu dan beli huhuhuuhu ( hari ni last day )
Streamyx go for mobile..
rupa-rupanya ialah...
- pakej ini hanya utk pelanggan streamyx combo.
- pakej sedia ada tambah RM10 utk nikmati kemudahan ni
- mobile di sini bermaksud : kalau kat luar dari rumah boleh surf kat kawasan yang ada hotspot saja.
- kalau dalam rumah mereka akan bekalkan dengan moderm wireless. means moderm yang boleh wifi ler... seluruh rumah leh surf internet.. berapa banyak komputer / laptop pun.. ( mmg skrg dah guna moderm tu pun )..
Celcom + streamyx
pakej nya ..
- streamyx 1 Mbps ( new or existing boleh.. ) ( asalnyer RM 88 / month )
- celcom broadband 384 Kbps ( asal RM 68 / month )
- boleh register di tmpoint atau celcom centre
tapi yg perlu kita bayar adalah RM 138
under promotion period RM 108. selepas tempoh promosi balik ke RM 138 la..
memula ingat dah syok sgt nih.. RM 108 / month.. tp bila tanya balik dia kata cam tu.. temporary jer.. susah la cam nih.. ada gak la jimat dalam Rm 18.00 jer sebulan
Celcom Broadband RM8 per day
yang ni sesuai la untuk org yg jarang2 outstation.. sekali sekala nak jalan jauh cam aku kut... balik kg sebulan sekali dalam 2-3 hari.
sebab plan ni.. dia akan caj utk sehari.. means kalau kita apply connection start kul 10 pg sabtu.. sampai ke 10.00 ahad ler leh surf internet.. caj RM 8 tetap sama ada guna lama ke guna sekejap...
cumanyer mahal skit la kan.. tp sesuai la kalau jarang outstaion.
kelajuan sama 384 Kbps .. sama je semua.. kena register dulu tp leh terminate bebila masa...
Celcom Broadband RM 68 monthly
plan yg ni sepupu hubby aku ada guna. dia kata so far kat ipoh dia pakai ok.. cuma senang DC so kena selalu reconnect ler.... hmm -1 point. aku tanya lagi pasa rural area.. katanya member dia try nak surf kat pengkalan ( still area ipoh actually ) tak dpt line katanya.. aduss -5 point!!
terfikir plak aku sbb kampung aku tu lg rural dr kawasan kt pengkalan tuh. cam mana nih???
Celcom & Streamyx
mulanyer aku mmg tak berapa minat ngan celcom broadband nih sebab aku mmg dah amik streamyx 1 Mb. Jd nak difikirkan wat pe nak langgan celcom broadband lg.. dan masalahnyer even aku balik kg pun still susah nak surf internet sbb kampung kat ulu skit.. hehhe
tp bila aku dok asyik jarang kat umah je teringin plak nak amik celcom broadband. jadi beberapa survey aku dah buat...
- celcom broadband RM68 monthly
- celcombroadband RM 8 perday
- celcom home , Hope + Away = RM 108 ( tempoh promotion )
- streamyx combo + go for mobile = combo + RM 10
