Aktiviti dalam paypal

ok.. sekarang kita dah siap pun mendaftar untuk buka akaun paypal.

jadi apa yang boleh kita buat dengan akaun tersebut?

Akaun paypal lebih kurang cam akaun bank jugak la.. kita boleh send money.. receive money.. beli barang.. terima pembayaran.. duit yang digunakan adalah sama ada anda ada simpanan dalam paypal.. maksudnya anda ada menerima duit sebelum ini ataupun menggunakan kad kredit. maksudnya setiap kali pembelian menggunakan paypal, ianya akan dicajkan ke atas kad kredit anda.

jikalau anda ada baki wang di dalam paypal tetapi tidak mencukupi untuk pembelian sesuatu barangan... paypal akan tolak dulu duit dalam akaun anda kemudian selebihnya baru dicajkan ke dalam kad kredit anda...

itulah sebabnya mengapa perlu diletakkan kad kredit dalam akaun untuk urusan jual beli.

Macam mana nak buat pembayaran tuh?

mudah saja... bagi laman web jualan yang telah menyediakan link untuk pembayaran melalui paypal.. anda terus saja gunakan link tersebut.

tetapi untuk laman web yg tiada link direct kepada pembayaran ... anda hanya perlu ke laman web paypal dan log in ke akaun anda.


kemudian klik pada send money seperti yang saya bulatkan dalam gambar di atas.

kemudian paparan di atas akan muncul.. pada page ini anda hanya perlu masukkan alamat email penjual barangan tersebut dalam kotak To ( email ) yang berwarna kuning. kemudian isikan amaun harga barangan ataupun services yang anda beli. pastikan amaun adalah dalam usd. kalau tak tau nak convert RM to USD.. tanya je pada penjual tu .. baper harga dlm USD.

kemudian pilih la.. duit tu untuk apa.. goods( brg) atau services ( perkhidmatan / lain2 ) atau pun urusniaga ebay..

klik contineu... then duit pun telah sampai kepada penjual anda...

boleh la bgtau yg anda dah send money kat dia.

Tak boleh ke nak keluarkan duit ke akaun di Malaysia????

ishh.. boleh .. sapa kata tak boleh... anda boleh keluarkan duit tu ke kad yang anda registerkan. sama ada kad kredit atau kad debit visa. cara2nya akan dibincang kemudian...

tapi apa yang perlu di ingat.. setiap kali pengeluaran anda akan dicaj sebanyak usd 5.

kalau withdraw ke kredit kad.. maka ia akan bayar kad kredit anda la.. kalau dalam kad anda tu tak de outstanding balance.. anda nak keluarkan.. ingat.. itu dikira sebagai cash advance. namanya kad kredit kan.. kad utk hutang.. bukan kad atm.

sebaiknya gunakan debit kad.. lebih mudah dan kurang caj.

saya dah register kredit kad. boleh ke nak withdraw ke debit kad lain??

boleh.. caranya.. bila anda dah berniat nak withdraw.. anda tambah saja debit kad tersebut dalam akaun anda. anda boleh ada lebih dari satu kad untuk satu2 akaun paypal.

caranya : pergi kepada profile yang dibulatkan.. akan ada dropdown menu.. kemudian klik pada add/edit credit card yang dikotakkan. kemudian.. isikan maklumat debit kad anda. dan seterusnya anda boleh withdraw ke dalam debit card.

Membuka akaun Paypal

Macam mana yer nak bukak akaun di paypal? hehhe kat sini kita bincang skit..

Mula-mula sekali pergi ke laman web paypal. Klik saja disini --> paypal .

Kemudian klik sign up today.
anda akan diminta untuk memilih jenis akaun..

ada 3 jenis iaitu personal, premier dan jugak business.

  1. personal - untuk mereka yang hanya ingin membuat pembelian online
  2. premier - untuk mereka yang melakukan pembelian dan juga menerima wang online
  3. business - untuk mereka yang mempunyai syarikat.
pada kebiasaannya kita akan memilih premier. ia memberikan pelbagai kemudahan seperti yg dinyatakan pada website paypal la..

pilih la negara anda sendiri untuk set up akaun ini..

maklumat diri.. boleh anda nyatakan maklumat palsu atau pun yang sebenar.. tidak ada masalah. yang penting email yang anda register kan mestilah betul dan aktif. ini kerana duit akan masuk melalui alamat email tersebut.

kemudian kita akan dibawa kepada laman ini

untuk akaun premier anda perlu memberikan detail kad kredit atau pun debit card visa anda. biasanya alamat anda akan tertera di situ. untuk debit card bukan semua debit card boleh digunakan. apa yang saya yakin ialah debit card visa electron public bank dan juga debit card visa al rajhi.

jika belum bersedia untuk menyatakan detail credit card atau debit card anda.. boleh terus klik go to my account. akaun anda telah tersedia. laman seperti di bawah akan kelihatan.
untuk masa akan datang.. anda boleh masukkan detail card anda pada bahagian yang saya bulatkan.
mengapa perlu untuk letakkan detail card credit/ debit?

pertamanya.. jika kita tak punya duit dalam akaun paypal... kita boleh byr guna credit/debit card yang kita register tuh.

keduanya untuk withdraw duit.

ketiganya.. untuk increase sending limit. kita cuma boleh hantar duit kepada orang lain sehingga usd 1000.00 saja. bukan untuk satu transaksi.. tp keseluruhan transaksi.. jumlah semua la.. sehingga la kita letakkan credit/debit card.

apa dia caj usd 1.95 tuh?

bila anda nak verified ( letak credit/debit card) akaun anda..

laman seperti dia atas akan kelihatan.. anda diberitahu bahawa akan dicaj usd1.95 pada card tersebut.. jgn risau.. caj tersebut akan dipulangkan semula ke dalam akaun paypal anda setelah verification selesai....

caj tersebut akan appear dlm statement anda.. lebih mudah jika anda boleh access statement via internet. ia akan muncul dalam masa 2-3 hari. pada statement tersebut.. akan ditulis sekali 4 digit untuk anda isikan semasa nak confirmkan card anda nanti. selagi tak de number selagi tu tak confirm.


bersambung .....

Paypal.. set up account.. withdraw money

salam semua...

lama tak update website ni... bukannya apa.. sibuk skit la nih.. hujung tahun nak settlekan keje..

lagi pun sekarang ni baru je preggy so.. biasala kan.. dengan mabuk2 nyer.. jarang le skit dok depan pc nih.

la n ih dah cuti sekolah.. boleh la spend time skit..

so ari ni nak bincang pasal paypal.

biasanya kalau berurusniaga dengan internet ni tak lepas kita dengan perkataan paypal.. iaitu satu bank maya untuk transaksi duit di internet terutamanya bila kita sertai program2 dari luar negara. paypal ni memudahkan kita dptkan duit dari mereka.

kalau dulu, susah juga kita gunakan paypal ni sbb kat malaysia ni tak boleh nak withdraw. tp sekarang tidak lagi.. dah boleh dah.. nanti kita bincangkan mengikut topik. ini cuma intro jer pasal paypal nih.. hehhehe

PIKOM PC FAIR

semalam aku pegi pikom pc fair kat stadium indera mulia ipoh.. nak tgk sendiri secara live netbook-netbook yang aku dok survey..

lg pun sebelum tu hubby mcm bg hint dia bg aku nak beli netbook.. sbb setiap kali dia offer aku beli hp mahal aku kata nak beli netbook.. jd semalam aku pun survey ngan hubby..

harga standard jer la lebih kurang je mana2 boot pun.. yg bezanya free gifts. so aku dah survey punya survey.. jumpa la ngan msi wind u100 , acer Aspire one, asus tu semua la...

aus yg ada pun yg 900 punya RM 1299.
MSI WIND U 100 RM 1799
ACER Aspire One 120G RM 1699
Acer Aspire One 8G RM 1149 ..

survey punya survey.. aku tgk acer aspire yg cantik skit banding yg lain finishing mcm toy jer.. acer nyer cantik skit la.. lg pun aku rasa acer yg paling berbaloi dengan harga dan juga kapasiti hard disk yg dia ada...

bila aku dah nak beli tetiba hubby kata... kalau tak yah beli boleh ker?????????
AAAAAhhhhhhhhhhh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tensionyer aku dgr hint cam tuh

terus aku tak de mood nak survey pun kat situ. mmg ler alasan nyer cukup munasabah.. kitorg nak masuk umah baru guna banyak duit.. tp aku tetap terasa tension gak... kat sana sekejap je aku tension pas tu.. tak per la leh je terima alasan tuh..

tp balik umah adoii teringatnyer nak beli.. tak per la.. bukan rezeki aku.. cepat la hari ni berlalu.. sbb selagi ada hari ni aku masih mengharap supaya dpt pegi pc fair tu dan beli huhuhuuhu ( hari ni last day )

Streamyx go for mobile..

masa tgh cari maklumat pasal celcom + streamyx tuh.. jumpa plak pakej ni kat paper.. ingatkan leh ler streamyx skrg ni wireless ke kan...

rupa-rupanya ialah...
  • pakej ini hanya utk pelanggan streamyx combo.
  • pakej sedia ada tambah RM10 utk nikmati kemudahan ni
  • mobile di sini bermaksud : kalau kat luar dari rumah boleh surf kat kawasan yang ada hotspot saja.
  • kalau dalam rumah mereka akan bekalkan dengan moderm wireless. means moderm yang boleh wifi ler... seluruh rumah leh surf internet.. berapa banyak komputer / laptop pun.. ( mmg skrg dah guna moderm tu pun )..
sedeyyy

Celcom + streamyx

yang ni promotion celcom and streamyx..

pakej nya ..

  • streamyx 1 Mbps ( new or existing boleh.. ) ( asalnyer RM 88 / month )
  • celcom broadband 384 Kbps ( asal RM 68 / month )
  • boleh register di tmpoint atau celcom centre
kalau ikutkan 88+68 = 156
tapi yg perlu kita bayar adalah RM 138

under promotion period RM 108. selepas tempoh promosi balik ke RM 138 la..

memula ingat dah syok sgt nih.. RM 108 / month.. tp bila tanya balik dia kata cam tu.. temporary jer.. susah la cam nih.. ada gak la jimat dalam Rm 18.00 jer sebulan

Celcom Broadband RM8 per day

hmm yang ni nak ikutkan kelajuannya sama je ngan RM68 sebulan... tp dari apa yang member2 bgtau.. plan yg ni lebih cekap dr monthly plan.. ye la tgk je la regenyer pun.. berbaloi la kut..

yang ni sesuai la untuk org yg jarang2 outstation.. sekali sekala nak jalan jauh cam aku kut... balik kg sebulan sekali dalam 2-3 hari.

sebab plan ni.. dia akan caj utk sehari.. means kalau kita apply connection start kul 10 pg sabtu.. sampai ke 10.00 ahad ler leh surf internet.. caj RM 8 tetap sama ada guna lama ke guna sekejap...
cumanyer mahal skit la kan.. tp sesuai la kalau jarang outstaion.

kelajuan sama 384 Kbps .. sama je semua.. kena register dulu tp leh terminate bebila masa...

Celcom Broadband RM 68 monthly

celcom broadband nih dia guna connection 3G atau GPRS. kalau kawasan 3G ok la.. nak difikirkan kalau kawasan GPRS hmm pening skit kut. pas tu moderm nyer kita leh beli moderm special atau pun guna jer Handphone 3G. pas tu dia ada guna USIM ( cam simcard HP ler ) . kita ada choice utk separatekan sim utk internet atau nak sekalikan simkad tu utk tepon dan tenet. yg ni kita still leh terima call dan sms or mms during surf.. tapi once ada call or sms masuk internet akan DC la.. agak mengganggu la skit.. so biasanya mereka suggestkan separate..

plan yg ni sepupu hubby aku ada guna. dia kata so far kat ipoh dia pakai ok.. cuma senang DC so kena selalu reconnect ler.... hmm -1 point. aku tanya lagi pasa rural area.. katanya member dia try nak surf kat pengkalan ( still area ipoh actually ) tak dpt line katanya.. aduss -5 point!!

terfikir plak aku sbb kampung aku tu lg rural dr kawasan kt pengkalan tuh. cam mana nih???

Celcom & Streamyx

Dalam kesibukkan aku tuh... ntah cam mana aku plak terfikir nak guna celcom broadband.. may be sebab aku dok selalu kat umah MIL jd ingatan kat tenet nih tak dpt dipadamkan.. hehheheh.

mulanyer aku mmg tak berapa minat ngan celcom broadband nih sebab aku mmg dah amik streamyx 1 Mb. Jd nak difikirkan wat pe nak langgan celcom broadband lg.. dan masalahnyer even aku balik kg pun still susah nak surf internet sbb kampung kat ulu skit.. hehhe

tp bila aku dok asyik jarang kat umah je teringin plak nak amik celcom broadband. jadi beberapa survey aku dah buat...

  1. celcom broadband RM68 monthly
  2. celcombroadband RM 8 perday
  3. celcom home , Hope + Away = RM 108 ( tempoh promotion )
  4. streamyx combo + go for mobile = combo + RM 10

ASUS EEE PC


Asus ni plak tgk cam banyak jer model dia... lg confius nak beli nih..

1. The ASUS Eee PC 900


ASUS Eee PC 900 Specifications

Operating System
Genuine Windows® XP Home
GNU Linux
Display
8.9" Display, 1024 x 600 resolution
Color
Black
Intel CPU & Chipset
Intel® Mobile CPU & Chipset
Memory
DDR II 1GB
Display Card
Intel UMA
S.S.D. Storage
30GB
Audio
HD audio / built-in speakers
WLAN
Built-in 802.11b/g
Camera
1.3M Pixel webcam
Storage Cards
SD / MMC (SDHC)
Input / Output
3xUSB / VGA-out (D-Sub, 15pin) / earphone jack / mic / RJ45 10/100 Mbps
Power
Output: 12V, 36W; Input: 100-240V AC, 50/60Hz universal
Dimensions
22.5cm(W) x 17.0cm(D) x 2cm~3.38cm(H)
Weight
0.99 kg


Harga :
  1. moresales : RM1499
  2. buylaptop : RM1599
  3. oneplus : RM1499
  4. pc depot : RM1499
  5. Wai-H : RM1249



2. ASUS Eee PC901 12G

LCD : 8.9 " (1024x600)
CPU : ATOM
Memory : 1G DDR2
HDD : 12GB Solid-State disk
OS : XP
Accessories : 4-Cell,Bag
Remark : USB 2.0*3/ 4-IN-1 Card Reader / 0.3M pixel Web cam

Harga :
  1. moresales : RM1799
  2. buylaptop : RM1799

3. ASUS Eee PC1000 80G


  • LCD : 8.9 " (1024x600)
  • CPU : ATOM
  • Memory : 1G DDR2
  • HDD : 80GB HDD
  • OS : XP
  • Accessories : 4-Cell,Bag
  • Remark : USB 2.0*3/ 4-IN-1 Card Reader / 0.3M pixel Web cam

Harga:
  1. moresales : RM2099
  2. buylaptop : RM2099
  3. Wai-H : RM1799
  4. Wai-H : RM1999 ( 160GB )

4. ASUS EEE PC 4G
  • Built in Wifi 802.11 b/g
  • 7-inches Wide XGA TFT Display
  • 512-mb Memory (upgradeable to 2GB RAM)
  • 4GB SSD (Solid State Disk)
  • 64MB Intel 915 Graphic
  • Multi Card Reader
  • 480K Built in Camera
  • 3 X USB 2.0 Ports
  • 4 cells powered (2.8-3.5 hrs)
  • Built-in Camera
  • Comes with Linux
  • Windows XP compatible
  • 2 Years Warranty!
  • 920gram

Harga:
  1. moresales : RM1299
  2. buyalaptop : RM1349



Acer Aspire One

yg ni ada beberapa version rasanya...




1.
  • 8.9"WSVGA
  • Atom N270 (1.6G/512KB), 1GB
  • 8GB Flash Module
  • Webcam, Multi-in-1 Card reader slot, 3L
  • 990gram
  • LINUX
  • No Optical Drive & Bag
  • Color : white and blue
  • One year warranty

Harga :
  1. moresales : RM1399
  2. Wai-H : RM1149
  3. Ashashi : RM1299
  4. Pc Depot : RM1299
2.
  • INTEL ATOM 1.6GHZ
  • ( 900MHZ / 533FSB / 512KB )
  • 1GB RAM
  • 120GB 2.5" HDD
  • 8.9" WXGA WIDE SCREEN
  • INTEL GMA900 128MB
  • 2 IN 1 CARD READER
  • 3 X USB
  • WIFI 54G
  • WEBCAM 1.3M
  • WINDOWS XP HOME
  • 1 YEAR WARRANTLY
  • 1.14KG

Harga :
  1. C-Zone : RM 1799
  2. Wai - H : RM 1699
  3. Ashashi : RM1699

MSI Wind U100


We go first on MSI Wind U100 yg aku gila-gila kan sgt sebelum post kt blog nih...






This notebook specification is below:
  • Intel Atom (1.6 GHz)
  • Intel GM945GSE, ICH7-M
  • 80GB, 1024MB DDR2 Memory
  • 10" WXGA (1024 x 600) glare widescreen LCD panel
  • Integrated 10/100Mbps
  • Intergrated 802.11b/g, Bluetooth
  • Intergrated 5-in-1 Card Reader, 1.3mp webcam
  • VGA, USB 2.0 (3), headphone, microphone jack, Kensington lock
  • Weight 1 kg
  • One year Limited Warranty

MSI Wind U-100 (Windows XP Home)


-> info from Future Express


Harga :

Mtec : RM 1688
Future Express : RM 1999

Netbook oh netbook

aku mmg dah lama sangat teringin nak beli netbook since jumpa ada sorang cikgu tu guna asus ee.. teruja gilerrrrr aku. masa tu hubby aku nak beli sangat notebook.. jd aku suggest le asus ee tu sbb aku rasa dia cute sgt masa tuh...

beberapa hari ni.. aku pulak yang teruja sgt nak beli netbook since hubby dah tak jadi nak beli.. sbb aku rasa senang nak carry ke mana-mana dan aku rasa susah nak berpisah dengan KedaiJannah aku tuh. .. hari-hari aku mesti nak tgk.. walaupun untungnya tak seberapa.. tp aku mmg minat.. dah lama aku ni minat nak niaga tp tak tau je cam mana dan aku tak de banyak masa nak buat barang sendiri.. dan jugak aku ni mmg la sggttttttttt pemalu nak promote brg ngan org face to face.
lain plak ceritanya..

balik pasal netbook nih.. aku dah survey beberapa jenis netbook.. makin aku survey makin aku ni confused mana nak beli... adoii....

beberapa brand yg aku tahu la yer :
  1. ASUS eee PC
  2. Acer Aspire One
  3. MSI Wind U100 ( giler yg ni sebelum kul 9.00 td )
  4. Levono IdeaPad ( hmm ni mahal ler plaks )
  5. HP Mini Note 2133 ( pun mahal skit )

itu je la adernyer.. ari tu ada ura-ura DELL pun nak keluarkan jugak.. aku punya excited nak beli yg tuh.. tp cumalah khabar angin saja... kecewa gaks..

pas ni aku update setiap brand tuh spec ngan rege.. heheheh