Kaedah Pengeluaran Wang Dari Paypal ke saving akaun dengan caj hanya usd 5 sahaja.

Lama jugak tak berkesempatan nak update blog nih.

so selamat berjumpa lagi.. hari ni saya nak cerita macam mana nak keluarkan duit dari paypal dengan hanya dikenakan sebanyak USD 5 sahaja. tiada caj tambahan.

seperti yang kita tau utk withdraw duit dari paypal ke kad kredit/debit pasti akan dikenakan caj USD5. jd tak boleh nak mengelak caj yg dikenakan oleh paypal tu lah. tp kita boleh kurangkan kos lain contohnya caj dari kad kredit. sbb kalau kita withdraw duit dari paypal ke kredit kad. kemudian kita keluarkan pulak duit tu direct dari kredit kad kita dianggap mengeluarkan cash advance!!! ha tau je la kalau cash advance kita pasti akan dikenakan caj.

so yang selamat adalah buat pengeluaran ke debit kad. dan dari debit kad transfer fund ke saving akaun sendiri.

Jika anda masih baru nak buat.. saya akan syorkan langkah demi langkah pengurusan anda membuat permohonan untuk buka akaun dan juga debit kad supaya ianya lebih mudah dan lancar!!

LANGKAH 1: Apply debit card.

Apa yang saya pernah nyatakan dulu debit card yg dah confirm boleh terima duit dari paypal adalah public bank dan juga ar rajhi. .

so yg senang bg saya adalah public bank sebab ada cawangan di mana2 sahaja. ar rajhi belum byk cawangan lagi.

oleh itu apply debit card visa electron public bank.
boleh apply melalui online di sini --> APPLY PB VISA ELECTRON

atau pun pergila ke mana-mana cawangan public bank. pastikan debit card visa electron yer!!!!

apabila sudah isi kan borang dan serahkan/poskan kepada pihak public bank anda perlu menunggu lebih kurang 2 minggu utk mendapat kelulusan dan juga debit kad tersebut.

LANGKAH 2 : BUKA SAVING AKAUN

Bila dah dpt debit kad tersebut.. maka pergilah ke cawangan public bank yg berdekatan untuk anda buka saving akaun di sana. untuk buka saving akaun disana ada beberapa pilihan la.. kalau tak nak masukkan duit dlm saving akaun yg baru tu,.. boleh jugak.. cuma anda tertakluk kepada kekangan jumlah pengeluaran duit sebulan. kalau tak silap saya cuma boleh keluarkan duit sebanyak 8 kali dalam masa sebulan. kalau nak pasti tanya pada pegawai disana.

tapi kalau nak keluarkan duit berpuluh-puluh kali sebulan kita kena masukkan duit rm 250 kalau tak silap saya sebagai deposit la.. tp lepas masukkan tu boleh keluarkan balik guna atm kad. dan atm kad juga akan di caj la..

actually elok amik yg free je.. takkan la kita kuarkan duit hari2 dari atm kan?????

LANGKAH 3 : Apply akaun PBE ( online banking )

ok.. pada masa kita dah pegi kat cawangan tu.. kita terus je apply online banking untk public bank. kemudian juga terus amik borang untuk merge kan akaun debit kad kita dan juga saving akaun kita dalam satu saja akaun PBE. maksudnya.. bila kita buat online banking.. debit card kita juga ada dalam akaun yang sama dengan saving akaun.. senang kita nak uruskan duit2 tu nanti.
kenapa saya kata mcm tu? sbb kalau kita tak isi borang tuh.. nanti kita tak boleh tgk transaction debit kad kita dalam akaun yg sama dengan saving akaun di internet. takkan nak buka sampai 2 PBE akaun kut? menyusahkan je kan..
dan permohonan tersebut pun tak boleh dibuat secara online,.. kena juga pegi cawangan. jd dah alang2 pegi buka akaun tu,, terus je apply sekali. kan senang dan menjimatkan masa, tenang dan wang ringgit.


so selesailah proses permohonan buka akaun di public bank.

selepas ni kalau dah masuk duit paypal dalam debit kad kita.. terus je transfer fund masuk ke saving akaun dengan menggunakan PBE. mudah kan????? kita pun boleh tgk balance terkini debit card kita.. kalau tidak jenuh nak telefon PB selalu nak tanya balance atau nak tau duit dah masuk ke belum.. nak tunggu statement.. punya la lambat..


HArap dpt membantu !!!