CELCOM BROADBAND!!!

lamaaaa aku tak update blog nih.

ari ni aku nak cerita pasal celcom broadband. meh la daftar celcom broadband ngan aku, leh dpt USB modem dengan harga murah. promote la plak...

hmm actually aku telah bertukar dari stremyx kepada celcom broadband atas dasar kononnya nak save budget aku. aku guna streamyx 1 Mbps dulu. since aku pindah umah baru, malas nak contineu ngan TM sbb bulan2 kena bayar rm110. jd aku pun nak kurangkan perbelanjaan, tukarlah kepada celcom broadband sbb aku leh bawa g mana2 aku suka. dengan plak netbook aspireone aku yg comel lote ni.. sesuai lah sangat.

tpnya.. kerana selama hari ni aku adalah pengguna streamyx yang setia.. terasa la jugak bila pakai mobile broadband nih. tak kan jd sama ngan streamyx. kelajuannya bergantung kepada signal la.. kalau signal cantek.. laju la dia.. kalau pepagi.. tak ramai org online mmg laju. tp kalau bad signal... sakit jiwa aku jdnya.

jd, jgn lah sekali2 nak bandingkan mobile broadband dengan streamyx. sbb streamyx tuh talian tetap.. jd connection pun tetap jugak. kalau nak banding, bandinglah dengan mobile broadband lain... mungkin kurang skit sakit jiwa tuh,... hehhe apa2 pun kalau nak melanggan mobile broadband ni.. cari lah yang berbaloi-baloi utk wang kita.

skrg ni celcom broadband kita leh dptkan dengan bulanan lebih rendah RM50 jer... tp kena register kat mana ada PC Fair. atau pun kakitangan kerajaan leh register kat Celcom HQ atau celcom roadshow.