Aktiviti dalam paypal

ok.. sekarang kita dah siap pun mendaftar untuk buka akaun paypal.

jadi apa yang boleh kita buat dengan akaun tersebut?

Akaun paypal lebih kurang cam akaun bank jugak la.. kita boleh send money.. receive money.. beli barang.. terima pembayaran.. duit yang digunakan adalah sama ada anda ada simpanan dalam paypal.. maksudnya anda ada menerima duit sebelum ini ataupun menggunakan kad kredit. maksudnya setiap kali pembelian menggunakan paypal, ianya akan dicajkan ke atas kad kredit anda.

jikalau anda ada baki wang di dalam paypal tetapi tidak mencukupi untuk pembelian sesuatu barangan... paypal akan tolak dulu duit dalam akaun anda kemudian selebihnya baru dicajkan ke dalam kad kredit anda...

itulah sebabnya mengapa perlu diletakkan kad kredit dalam akaun untuk urusan jual beli.

Macam mana nak buat pembayaran tuh?

mudah saja... bagi laman web jualan yang telah menyediakan link untuk pembayaran melalui paypal.. anda terus saja gunakan link tersebut.

tetapi untuk laman web yg tiada link direct kepada pembayaran ... anda hanya perlu ke laman web paypal dan log in ke akaun anda.


kemudian klik pada send money seperti yang saya bulatkan dalam gambar di atas.

kemudian paparan di atas akan muncul.. pada page ini anda hanya perlu masukkan alamat email penjual barangan tersebut dalam kotak To ( email ) yang berwarna kuning. kemudian isikan amaun harga barangan ataupun services yang anda beli. pastikan amaun adalah dalam usd. kalau tak tau nak convert RM to USD.. tanya je pada penjual tu .. baper harga dlm USD.

kemudian pilih la.. duit tu untuk apa.. goods( brg) atau services ( perkhidmatan / lain2 ) atau pun urusniaga ebay..

klik contineu... then duit pun telah sampai kepada penjual anda...

boleh la bgtau yg anda dah send money kat dia.

Tak boleh ke nak keluarkan duit ke akaun di Malaysia????

ishh.. boleh .. sapa kata tak boleh... anda boleh keluarkan duit tu ke kad yang anda registerkan. sama ada kad kredit atau kad debit visa. cara2nya akan dibincang kemudian...

tapi apa yang perlu di ingat.. setiap kali pengeluaran anda akan dicaj sebanyak usd 5.

kalau withdraw ke kredit kad.. maka ia akan bayar kad kredit anda la.. kalau dalam kad anda tu tak de outstanding balance.. anda nak keluarkan.. ingat.. itu dikira sebagai cash advance. namanya kad kredit kan.. kad utk hutang.. bukan kad atm.

sebaiknya gunakan debit kad.. lebih mudah dan kurang caj.

saya dah register kredit kad. boleh ke nak withdraw ke debit kad lain??

boleh.. caranya.. bila anda dah berniat nak withdraw.. anda tambah saja debit kad tersebut dalam akaun anda. anda boleh ada lebih dari satu kad untuk satu2 akaun paypal.

caranya : pergi kepada profile yang dibulatkan.. akan ada dropdown menu.. kemudian klik pada add/edit credit card yang dikotakkan. kemudian.. isikan maklumat debit kad anda. dan seterusnya anda boleh withdraw ke dalam debit card.

Membuka akaun Paypal

Macam mana yer nak bukak akaun di paypal? hehhe kat sini kita bincang skit..

Mula-mula sekali pergi ke laman web paypal. Klik saja disini --> paypal .

Kemudian klik sign up today.
anda akan diminta untuk memilih jenis akaun..

ada 3 jenis iaitu personal, premier dan jugak business.

  1. personal - untuk mereka yang hanya ingin membuat pembelian online
  2. premier - untuk mereka yang melakukan pembelian dan juga menerima wang online
  3. business - untuk mereka yang mempunyai syarikat.
pada kebiasaannya kita akan memilih premier. ia memberikan pelbagai kemudahan seperti yg dinyatakan pada website paypal la..

pilih la negara anda sendiri untuk set up akaun ini..

maklumat diri.. boleh anda nyatakan maklumat palsu atau pun yang sebenar.. tidak ada masalah. yang penting email yang anda register kan mestilah betul dan aktif. ini kerana duit akan masuk melalui alamat email tersebut.

kemudian kita akan dibawa kepada laman ini

untuk akaun premier anda perlu memberikan detail kad kredit atau pun debit card visa anda. biasanya alamat anda akan tertera di situ. untuk debit card bukan semua debit card boleh digunakan. apa yang saya yakin ialah debit card visa electron public bank dan juga debit card visa al rajhi.

jika belum bersedia untuk menyatakan detail credit card atau debit card anda.. boleh terus klik go to my account. akaun anda telah tersedia. laman seperti di bawah akan kelihatan.
untuk masa akan datang.. anda boleh masukkan detail card anda pada bahagian yang saya bulatkan.
mengapa perlu untuk letakkan detail card credit/ debit?

pertamanya.. jika kita tak punya duit dalam akaun paypal... kita boleh byr guna credit/debit card yang kita register tuh.

keduanya untuk withdraw duit.

ketiganya.. untuk increase sending limit. kita cuma boleh hantar duit kepada orang lain sehingga usd 1000.00 saja. bukan untuk satu transaksi.. tp keseluruhan transaksi.. jumlah semua la.. sehingga la kita letakkan credit/debit card.

apa dia caj usd 1.95 tuh?

bila anda nak verified ( letak credit/debit card) akaun anda..

laman seperti dia atas akan kelihatan.. anda diberitahu bahawa akan dicaj usd1.95 pada card tersebut.. jgn risau.. caj tersebut akan dipulangkan semula ke dalam akaun paypal anda setelah verification selesai....

caj tersebut akan appear dlm statement anda.. lebih mudah jika anda boleh access statement via internet. ia akan muncul dalam masa 2-3 hari. pada statement tersebut.. akan ditulis sekali 4 digit untuk anda isikan semasa nak confirmkan card anda nanti. selagi tak de number selagi tu tak confirm.


bersambung .....

Paypal.. set up account.. withdraw money

salam semua...

lama tak update website ni... bukannya apa.. sibuk skit la nih.. hujung tahun nak settlekan keje..

lagi pun sekarang ni baru je preggy so.. biasala kan.. dengan mabuk2 nyer.. jarang le skit dok depan pc nih.

la n ih dah cuti sekolah.. boleh la spend time skit..

so ari ni nak bincang pasal paypal.

biasanya kalau berurusniaga dengan internet ni tak lepas kita dengan perkataan paypal.. iaitu satu bank maya untuk transaksi duit di internet terutamanya bila kita sertai program2 dari luar negara. paypal ni memudahkan kita dptkan duit dari mereka.

kalau dulu, susah juga kita gunakan paypal ni sbb kat malaysia ni tak boleh nak withdraw. tp sekarang tidak lagi.. dah boleh dah.. nanti kita bincangkan mengikut topik. ini cuma intro jer pasal paypal nih.. hehhehe