Celcom Broadband pakej 68 & 98

lama plak aku ni tak update blog nih. tak sempat la.. since dah ada anak 2 orang ni. maklumla berusaha nak jd ibu dan isteri yg baik.. huhuhuhu yoyo oh jer.

anyway sblm ni aku dah citer yg aku melanggan celcom broadband pakej 68 sebulan. oleh kerana sangat letih jiwa aku ni surfing dengan kelajuan yang lambat... ( tapi masih boleh buat internet banking.. tak lah terlampau slow) jd aku pun terus bertukar kepada pakej 98.

asalnya aku nak test je.. kalau tak ok jugak.. maka aku guna je yg lama pakej 68. tapi bila dah guna dekat 3 bulan nih.. aku rasa berbaloi dengan apa yg aku bayar. tak lah jauh sgt beza kelajuan dengan surf guna streamyx. aku boleh terima kelajuan surfing guna celcom broadband pakej 98 nih. so rasanya aku akan contineu guna yang ni jer... sbb senang nak bawa g memana. jd kalau ada hal urgent aku leh terus ke bukak netbook aku. kalau streamyx tuh.. selalu terfikir2 bila boleh balik umah ni aku nak surf internet. heheheh mcm ketagih internet la plak... ketagihan ni semuanya salah USM transkrian yang sediakan internet free dlm bilik kat hostel. ( actually terima kasih sgt kat USM transkrian yang bg internet free masa aku belajar kat sana dulu.. )

No comments: