kesian kat aku.

aku ni dah la jarang2 ada masa nak online.. sehari dalam setengah jam jer.. itu pun masa baby faris aku tuh tido. cam skrg nih...

apa yg sedih sgt sekarang nih... laman web aku tuh asyik kena redirect ke laman web wirablog jer.. geram aku rasa. org hosting tu suruh aku cari file pelik dalam cpanel.. aku nak cari tak sempat2.. bila tak sempat hmm mula la laman web aku tuh dialihkan ke wirablog bangang tuh.. geram sungguh la aku. masuk kali ni dah 3 kali dah dlm sebulan.

aku nih dah la tak berapa nak expert sgt. cam mana aku nak buat nih...

USB modem





heheh.. ini usb modem yang aku beli. aku beli masa tu sbb rasanya sangat comel, sesuai ngan aku yang perasan mama comel nih. huhuhuhu. murahkan! tp kena beli kat website tuhla... dia kena register broadband ngan diorang baru leh dpt harga modem murah cam gitu. tp rasanya sangat berbaloi2.

tp bila aku go through laman web nih.. aku terminat la plak ngan yg nih.



kenapa???

hmm sebab aku tgk dia leh online dalam jangka masa yg lama ( tahan lasak..) dan jugak sesuai untuk kawasan yang signal agak sengsara dan jugak2 ;leh support sampai 7.2 Mbps.

tp dah beli dah yg comel tu.. tak per la.. ok jer kat aku. bukan nak online lama2 pun. anak aku meraung karang. tak pun dia plak nak rampas netbook aku nih.

Celcom Broadband pakej 68 & 98

lama plak aku ni tak update blog nih. tak sempat la.. since dah ada anak 2 orang ni. maklumla berusaha nak jd ibu dan isteri yg baik.. huhuhuhu yoyo oh jer.

anyway sblm ni aku dah citer yg aku melanggan celcom broadband pakej 68 sebulan. oleh kerana sangat letih jiwa aku ni surfing dengan kelajuan yang lambat... ( tapi masih boleh buat internet banking.. tak lah terlampau slow) jd aku pun terus bertukar kepada pakej 98.

asalnya aku nak test je.. kalau tak ok jugak.. maka aku guna je yg lama pakej 68. tapi bila dah guna dekat 3 bulan nih.. aku rasa berbaloi dengan apa yg aku bayar. tak lah jauh sgt beza kelajuan dengan surf guna streamyx. aku boleh terima kelajuan surfing guna celcom broadband pakej 98 nih. so rasanya aku akan contineu guna yang ni jer... sbb senang nak bawa g memana. jd kalau ada hal urgent aku leh terus ke bukak netbook aku. kalau streamyx tuh.. selalu terfikir2 bila boleh balik umah ni aku nak surf internet. heheheh mcm ketagih internet la plak... ketagihan ni semuanya salah USM transkrian yang sediakan internet free dlm bilik kat hostel. ( actually terima kasih sgt kat USM transkrian yang bg internet free masa aku belajar kat sana dulu.. )