Aktiviti dalam paypal

ok.. sekarang kita dah siap pun mendaftar untuk buka akaun paypal.

jadi apa yang boleh kita buat dengan akaun tersebut?

Akaun paypal lebih kurang cam akaun bank jugak la.. kita boleh send money.. receive money.. beli barang.. terima pembayaran.. duit yang digunakan adalah sama ada anda ada simpanan dalam paypal.. maksudnya anda ada menerima duit sebelum ini ataupun menggunakan kad kredit. maksudnya setiap kali pembelian menggunakan paypal, ianya akan dicajkan ke atas kad kredit anda.

jikalau anda ada baki wang di dalam paypal tetapi tidak mencukupi untuk pembelian sesuatu barangan... paypal akan tolak dulu duit dalam akaun anda kemudian selebihnya baru dicajkan ke dalam kad kredit anda...

itulah sebabnya mengapa perlu diletakkan kad kredit dalam akaun untuk urusan jual beli.

Macam mana nak buat pembayaran tuh?

mudah saja... bagi laman web jualan yang telah menyediakan link untuk pembayaran melalui paypal.. anda terus saja gunakan link tersebut.

tetapi untuk laman web yg tiada link direct kepada pembayaran ... anda hanya perlu ke laman web paypal dan log in ke akaun anda.


kemudian klik pada send money seperti yang saya bulatkan dalam gambar di atas.

kemudian paparan di atas akan muncul.. pada page ini anda hanya perlu masukkan alamat email penjual barangan tersebut dalam kotak To ( email ) yang berwarna kuning. kemudian isikan amaun harga barangan ataupun services yang anda beli. pastikan amaun adalah dalam usd. kalau tak tau nak convert RM to USD.. tanya je pada penjual tu .. baper harga dlm USD.

kemudian pilih la.. duit tu untuk apa.. goods( brg) atau services ( perkhidmatan / lain2 ) atau pun urusniaga ebay..

klik contineu... then duit pun telah sampai kepada penjual anda...

boleh la bgtau yg anda dah send money kat dia.

Tak boleh ke nak keluarkan duit ke akaun di Malaysia????

ishh.. boleh .. sapa kata tak boleh... anda boleh keluarkan duit tu ke kad yang anda registerkan. sama ada kad kredit atau kad debit visa. cara2nya akan dibincang kemudian...

tapi apa yang perlu di ingat.. setiap kali pengeluaran anda akan dicaj sebanyak usd 5.

kalau withdraw ke kredit kad.. maka ia akan bayar kad kredit anda la.. kalau dalam kad anda tu tak de outstanding balance.. anda nak keluarkan.. ingat.. itu dikira sebagai cash advance. namanya kad kredit kan.. kad utk hutang.. bukan kad atm.

sebaiknya gunakan debit kad.. lebih mudah dan kurang caj.

saya dah register kredit kad. boleh ke nak withdraw ke debit kad lain??

boleh.. caranya.. bila anda dah berniat nak withdraw.. anda tambah saja debit kad tersebut dalam akaun anda. anda boleh ada lebih dari satu kad untuk satu2 akaun paypal.

caranya : pergi kepada profile yang dibulatkan.. akan ada dropdown menu.. kemudian klik pada add/edit credit card yang dikotakkan. kemudian.. isikan maklumat debit kad anda. dan seterusnya anda boleh withdraw ke dalam debit card.

No comments: